Sabtu, 12 Ogos 2017

ASAL USUL PENTADBIRAN KAMPUNG BERA,PAHANG

Peringkat awal kewujudannya, kampung ini ditadbir oleh Ketua Masyarakat yang hanya berjawatan sebagai Ketua Kampung sahajaIaitu MUNYONG SIKIN. Setelah beliau meninggal dunia, pentadbiran kampung diambil alih oleh JURUKERAH PULANG HARIK yang kemudianya dinaikan ke pangkat Tok Batin, Perlantikanya disempurnakan oleh Sultan Abu Bakar, dengan sepasang Persalinan, sebatang tongkat kuasa dan sebilah KERUNGNYAK Keris berupa tumbuk lada yang diwarisi turun temurun semenjak dari sang guna Menteri lagi, Keris ini berhulukan dan bersarungkan kijkoj sejenis tumbuhan renek dalam hutan tetapi yang ini berteras keras tidak seperti kijkoj-kojkoj lain yang hanya berhempulur lembut dan lempung sahaja). Bila Batin Pulang Harik meninggal dunia, kekosongan tersebut diganti pula oleh Jurukerak Mail. Perjawatan Tok Batin dipindahkan ke Kampung Bukit Rok. (Kerungnyak diserahkan oleh bakal Tok Batin ketika itu kepada Tok Penghulu untuk dipersembahkan kepada DYMM Sultan, dan kini tidak diketahui ke mana Kerungnyak itu perginya). Pentadbiran kampung masih lagi ditadbir bersama-sama dari segi peradatan mahupun dari segi pentadbiranBila Jurukerah Mail meninggal dunia jawatan tersebut diganti pula oleh En. Tari Bin Gudok dan perjawatan dinaikan ke jawatan menteri, iaitu jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran sesebuah perkampungan suku kaum Semelai. Tetapi pentadbiran masih lagi dikongsi bersama dengan Kampung Bukit Rok. Jawatan Tok Batin disandang oleh Batin Mattius Bin Nihid orang Kampung Bukit Rok Pada tahun 1996, Perjawatan Tok Batin diwujudkan kembali oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Kerana dirasakan perlunya pentadbiran berasingan, memandangkan waktu ini berlakunya pertambahan penduduk. Kampung Ibam sahaja mempunyai 630 orang penduduk dengan 166 keluarga. Perjawatan tersebut diisi oleh Tok Batin Majin Bin Tampin pesara Senoi Pragg berpangkat Koperal, sehingga beliau meninggal dunia pada 12/06/2004. Perlantikanya dilakukan oleh En. Ali Bin Bakar Pegawai JHEOA Daerah Temerloh dan YM Tengku Shariff Bin YM tengku Sulung Timbalan Pengarah JHEOA Cawangan Pahang. Pada 27 Mei 2005 jawatan tersebut diisi oleh Tok Batin Raman Bin Mat, beliau merupakan pemimpin muda yang berkelulusan SPM. Pemilihanya dibuat secara demokrasi iaitu melalui undian terbanyak. Sementara Batin Ching Ching Bin Derani pula dilantik sebagai Ketua Adat (Hal Ehwal Adat Resam).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PETA LOKASI KAMPUNG IBAM BERA,PAHANG